Monday 19 December 2011

Panduan Gaya Ke majlis Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Emm, rasa2nya dah lama saya tak update blog ni...Agak sibuk dengan kerja + kelas jahitan buatkan masa untuk online menjadi sangat terhad. Walau apa pun, saya sangat gembira dan teruja nak berkongsi tips2 dengan anda lagi pada hari ini.

Pernah tak agak2nya anda jadi tak keruan, jadi keliru tatkala nak memilih busana serta set pelengkapnya untuk ke majlis perkahwinan seseorang terutama insan yang amat penting untuk anda seperti ahli keluarga dan kawan rapat? Lagi2 pulak, dalam satu tahun tu, dapat banyak pulak jemputan ke majlis perkahwinan. Tak ke pening? Takkan asyik nak pakai baju yang sama je kan..So, apa kata kita berkongsi sikit tips2 yang boleh digayakan untuk ke majlis perkahwinan.
 
First of all, kita cerita elemen terpenting untuk digayakan ketika majlis perkahwinan iaitu BUSANA...Banyak kriteria yang perlu kita ambil kira sebelum kita nak memilih busana yang sesuai. Kita mesti tengok dulu lokasi majlis yang akan dilangsungkan sama ada indoor @ outdoor, sama ada dalam taman, dalam dewan atau di rumah si pengantin tu sendiri. Pada pendapat saya, perkahwinan yang diadakan di dalam dewan tak mempunyai masalah sangat berbanding majlis yang dilakukan secara outdoor sebabnya, suhu dalam dewan biasanya tak sepanas suhu di luar (oleh sebab bahang matahari). Oleh sebab itu, kita bebas nak memilih dan memakai busana dari pelbagai jenis fabrik yang kita suka. Berbanding dengan majlis perkahwinan yang dibuat di dalam taman, kita seharusnya menitik beratkan jenis fabrik yang nak kita pakai supaya ianya selesa dan menyerap peluh. Pilihlah busana yang paling selesa, sejuk sebabnya saya yakin kita semestinya tidak mahu kelihatan janggal di hadapan orang lain. Pakaian @ busana yang dipilih sangat mempengaruhi keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang ramai.

Selain daripada itu, pilihan warna untuk ke majlis perkahwinan juga sangat penting untuk kelihatan cantik. Tak semestinya kita perlu mengikut tema majlis perkahwinan tersebut. Tips utama untuk memilih warna ialah, kenali bentuk tubuh anda. Rona pastel seperti biru muda, merah jambu ataupun peach sangat sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil manakala rona gelap pula sesuai untuk mereka yang bertubuh besar atau gempal. nak tahu dengan lebih lanjut tentang warna yang sesuai dengan diri   anda ? 
Bolehlah klik disini : Tips Memilih Warna Fabrik Warisan

Selepas kita memilih warna, perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah rekaan busana tersebut. Mungkin anda boleh memilih untuk menggayakan rekaan kurung moden, baju kurung riau atau pesak gantung dan kebaya longgar yang sangat sesuai untuk wanita muslimah. Atau sekiranya anda berminat untuk menjadi lain daripada yang lain, anda juga boleh mencuba dress labuh atau kaftan. Tapi pastikan dress tersebut tidak terlalu labuh atau meleret sehingga mencecah lantai serta tidak mempunyai hiasan manik yang terlalu crowded sebabnya takut nanti aura diri anda ditenggelami dengan hiasan manik yang terlalu menyerlah. Anda juga boleh memilih rekaan warisan lama seperti songket dan batik untuk menampakkan kelainan atau klasik pada penampilan anda

Setelah kita berpuas hati dengan busana yang dipilih, TUDUNG pula menjadi tanda tanya pada diri kita. Bagi pendapat saya, mungkin anda boleh menggayakan tudung daripada fabrik lycra atau sifon kerana sifatnya yang lebih ringan dan sejuk serta boleh melindungi kulit kepala daripada berpeluh. Atau mungkin masih ada yang berminat untuk menggayakan tudung bawal, ianya adalah dialu-alukan kerana ianya masih sesuai dipakai pada apa-apa majlis sekalipun. Tudung rona sedondon dengan busana adalah disarankan untuk tampil bergaya tetapi, sekiranya anda lebih berani, apa kata anda mencuba rona kontra yang menjadi trend pilihan sekarang. Mungkin anda boleh menggabungkan rona kelabu + jingga, atau rona ungu + biru, atau merah jambu + hijau epal supaya tampak lebih menarik. Dan jangan lupa untuk menambah brooch besar atau kerongsang berlian untuk membuatkan anda tampak lebih elegan.


Dan yang terakhir sekali ialah AKSESORI. Jarang para wanita terlupa tetapi seringkali terlepas pandang. Cuba lihat busana anda..Adakah ianya terlalu polos atau kosong dan tiada apa-apa sulaman atau hiasan manik? Jadi, anda boleh lah memakai rantai labuh sebagai pelengkap gaya. Atau bagi mereka yang menggayakan rekaan kebaya atau fabrik songket, apa kata anda mencuba dokoh untuk tampak lebih klasik dan elegan. Bagi fabrik songket, anda boleh memilih dokoh warna senada dengan bunga tabur pada songket tersebut.


Anda juga boleh menggayakan gelang yang tidak terlalu besar serta fancy sekiranya hujung lengan baju anda tidak dihiasi dengan perincian manik ataupun labuci. Tetapi awas!!! Elakkan daripada memakai gelang yang besar serta ranggi untuk ke majlis perkahwinan.

Bagaimana dengan pilihan kasut? Anda boleh memakai kasut tumit tinggi (cuba elakkan daripada melebihi 2 inci) untuk tampak lebih berkeyakinan atau anda boleh juga memakai kasut yang lebih flat untuk memudahkan pergerakan. Untuk pemilihan beg tangan, elakkan daripada memilih beg tangan yang senada dengan busana, tudung dan kasut sebabnya tiada variasi dalam pemilihan warna dan anda akan dilihat seolah2 menggayakan satu set warna pakaian. Sekiranya boleh, apa kata anda membawa tas tangan yang lebih kecil dan fancy serta elakkan daripada membawa beg tangan kerja yang besar.

Ok...sampai disini dulu perkongsian kita..Next time kita cerita dan share lagi tips2 yang penting yang boleh diguna pakai untuk semua orang..Selamat mencuba dan bye2 =)

Saturday 3 December 2011

Songket Special Edition XE

Assalamualaikum semua songket lover...i am so sorry sebab dah lama tak update blog...tengah sibuk belajar menjahit sekarang...kuikuikui..
Saya nak bagitau bahawasanya saya telah pun membuat sebuah blog tentang diri saya...Sudi2 lah menjenguk blog saya yang satu tu yer..


Ok....saya ada berita baik untuk peminat2 songket...Saya telah berjaya mendapatkan songket design terbaru..Sebab tu namanya Special Edition. Siapa cepat dia dapat..susah nak dapatkan semula design ni..atau mungkin kalau ada rezeki, 6 bulan baru boleh restock..Disebabkan warna putih dapat banyak sangat permintaan, jadi kat sini saya nak share dengan semua 3 design menarik daripada songket putih..Jom kita tengok

KOD : PUTIH XE 101
WARNA : PUTIH MUTIARA
WARNA BUNGA TABUR : EMAS
HARGA : RM 150.00

KOD : PUTIH XE 102
WARNA : PUTIH MUTIARA
WARNA BUNGA TABUR : SILVER
HARGA : RM 150.00

 
 
 KOD : PUTIH XE 103
WARNA : PUTIH MUTIARA
WARNA BUNGA TABUR : MERAH-SILVER
HARGA : RM 150.00
SOLD OUT

 
KOD : KUNING XE 101
WARNA : KUNING LANGSAT
WARNA BUNGA TABUR : EMAS
HARGA : RM 150.00
SOLD OUT

KOD : KELABU XE 101
WARNA : KELABU LEMBUT
WARNA BUNGA TABUR : EMAS
HARGA : RM 150.00
SOLD OUT 


PROMOSI HEBAT TAHUN 2011 !!!!
DENGAN PEMBELIAN SEPASANG ATAU LEBIH SONGKET XE, ANDA LAYAK UNTUK MENDAPATKAN SEPASANG LAGI KAIN PASANG SONGKET YANG ADA DI BAWAH DENGAN HARGA DISKAUN

 KOD : UNGU MATCHING 103
WARNA : UNGU BELACAN
WARNA BUNGA TABUR : EMAS
HARGA : RM 120.00
RM 80.00
SOLD OUT

 KOD : UNGU PLAIN 102
WARNA : UNGU BELACAN
WARNA BUNGA TABUR : EMAS
HARGA : RM 150.00
RM 100.00

KOD : BIRU PLAIN 105
WARNA : BIRU-HIJAU LUMUT
WARNA BUNGA TABUR : SILVER
HARGA : RM 150.00
RM 100.00 
SOLD OUT

 KOD : MERAH JAMBU MATCHING 101
WARNA : MERAH JAMBU
WARNA BUNGA TABUR : EMAS
HARGA : RM 120.00
RM 80.00
SOLD OUT

 KOD : EMAS PLAIN 101
WARNA : EMAS BEIGE
WARNA BUNGA TABUR : EMAS
HARGA : RM 150.00
RM 100.00

 KOD : JINGGA PLAIN 101
WARNA : JINGGA OREN
WARNA BUNGA TABUR : EMAS
HARGA : RM 150.00
RM 100.00