Thursday 18 December 2014

Songket Terengganu, Songket India.... Tak Kenal Maka Tak Tahu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Gorgeous !!!

Seriously, dah terlalu lama saya xupdate blog ni.. Dah berhabuk, bersawang bagai..Last entry tahun 2012. Akhir tahun 2014 ni baru terhegeh2 nak menaip semula. Puas diingat2 password email utk blog ni. Alhamdulillah berjaya setelah diperah2 otak utk meneka...fuhhhhhhhh. InShaaAllah, lepas ni kita cuba untuk kembali konsisten dengan entri2 yg bernas, share maklumat dan informasi serta kalau ada gambar yang cantik2, nanti kita tunjuk kat uollssss ya =)

Anyone yang nak tengok koleksi songket terkini, utk wanita shja ya sebab kita jual kain pasang songket, boleh try jenguk instagram kita : http://instagram.com/warisankhalifah_official/

atau facebook page kita ni ye :https://www.facebook.com/songketbywarisankhalifah

Ok, kita terus ke tajuk yang super panas, isu yang tak pernah reda ni iaitu mengenai songket Terengganu dan songket India. Sebenarnya...songket ni datang daripada banyak tempat, banyak negeri/negara. Ada yang dari Terengganu, Kelantan, Indonesia seperti dari Palembang, Bali, Padang, ada yang dari India dan juga Pakistan. Secara jujurnya, songket Terengganu adalah fabrik tenunan yang terbaik di dunia DAN songket itu sendiri secara originalnya berasal dari Terengganu, Malaysia. Songket Terengganu ni adalah hasil kraf, kerja tangan turun-temurun, waris-berwarisan.

So, kalau anda ke Terengganu terutamanya direct ke rumah orang kat sana dan terutamanya yang tinggal di Kuala Terengganu, jangan terperanjat bila nanti anda jumpa mesin tenun songket yang boleh dikatakan ada kat setiap rumah diorang !!!! Mereka menjadikan hasil tenunan songket ni sebagai mata pencarian mereka. So, memang sangat hebatlah kerana mereka mampu membuat tenunan songket dengan design yang super cantekkkk, hasil seni yang sangat halus....


Ini antara koleksi songket yang saya dapat tengok di outlet pengusaha songket terkenal di Kuala Terengganu. Design semuanya custom made dan sangat cantik, kualiti fabrik yang superb serta harganya juga sangat awesome !!! Tapi jangan terkejut sekiranya anda dapati songket India pun ada keluar ala-ala macam ni juga

Cerita pasal songket India pulak... Songket India ni sebenarnya adalah songket sama sebijik, design yang lebih kurang sama dengan songket Terengganu yang turut sama ditenun tangan. Akan tetapi, tenun tangan tu dibuat di India. Sebab tu namanya songket India. Alkisahnya, yang diceritakan oleh pengusaha tegar songket Terengganu ni yang sempat saya sembang2, borak2.. Ceritanya, ada someone yang saya tak pasti orang Malaysia atau orang India telah membawa songket Terengganu ni ke India. Lalu bermulalah episod mengkaji fabrik dan gaya tenunan songket orang Terengganu dan diadaptasi, dibuat semula, ditenun kembali di India.. haaa, hebat tak ceritera tiru-meniru ni? Laksana gelang Pandora yang asal dari Europe (kalau tak silap) yang turut dikeluarkan di China serta handbag Chanel yang asal dari Italy turut dikeluarkan di China dengan menggunakan teknik 1:1 !!!!

So, apa yang menjadi masalah utamanya kat sini ???

Songket daripada mana pun ianya datang adalah tidak menjadi masalah dan salah. Sebab setiap satu songket itu ada followers atau penggemarnya yang tersendiri. yang menjadi masalah paling utama kat sini ialah, apabila wujudnya segelintir peniaga yang menjual songket India dengan harga songket Terengganu !!! Atau declare songket India sebagai songket Terengganu.... Ini yang salah, totally salah !!! Secara jujurnya, kita sebagai orang biasa even pengusaha songket Terengganu sendiri tidak mampu membezakan mana songket India, mana songket Terengganu. Ini disebabkan oleh gaya tenunan dan benang yang digunakan sememangnya sangat sama dan serupa dan peratus persamaannya adalah lebih 90% !!! Yang membezakan songket India dan Terengganu adalah dari segi bau dan kualiti material.

Songket India kalau anda nak tahu, dia ada bau berbanding dengan songket Terengganu yang tiada bau. Bau yang macam mana? Saya pun xdpt nak jelaskan atau gambarkan. kalau anda tengah cari songket Terengganu secara serius, bolehlah ke kompleks kraftangan di jalan Conlay dan tanyakan staff disana perbezaan dua songket ni. Kalau anda dapat berkunjung ke sana ketika ada promosi atau pameran, lagi bagus sebab anda boleh jumpa direct dengan pengusaha songket Terengganu itu sendiri. InShaaallah mereka akan membantu anda untuk memilih songket yang terbaik tanpa tersalah pilih especially terpilih atau terbeli songket India dengan harga songket Terengganu.

Macam tu juga dari segi material yang digunakan untuk membuat songket. Songket Terengganu ni, harganya mengikut kualiti material dan design. Lagi bagus kualiti material, lagi complicated design sesuatu songket, harganya lagi mahal. Dari ratusan ringgit mencecah ke puluhan ribu ringgit. WoWWWW !!!!

Kebanyakan material songket yang digunakan adalah daripada 100% cotton, 50% cotton + 50% sutera, 100% sutera. Yang 100% sutera tu yang paling mahal iaitu puluhan ribu ringgit. Kalau yang 100% cotton, kita kena tengok dari mana datangnya fabrik cotton tersebut. Ada yang dari Pakistan, dari India, Vietnam dan cotton yang paling mahal tu datangnya dari Jepun. So, tak hairanlah bila kita mencari Songket Terengganu, kita akan dapati harganya berbeza-beza. Dari minimum Rm 450 sehingga maksimum mungkin sehingga ke Rm 7500 untuk material 100% cotton. Kalau designnya super complicated, sehelai songket boleh dijual sehingga Rm 15 000 untuk yang menggunakan material 100% cotton.

Kesimpulannya kat sini, anda perlu bijak untuk memilih dan membeli songket terutamanya yang mempunyai budget yang besar atau tinggi. Walaupun anda pergi ke tempat yang sangat terkenal di Kuala Terengganu untuk membeli songket (tak nak sebut kat sini), anda tetap perlu meletakkan 100% sikap berhati-hati untuk membeli. Sekiranya budget anda besar untuk membeli sehelai sampin atau sepasang songket, misalnya Rm 3000 dan ke atas, saya cadangkan untuk anda mencari atau pergi ke kiosk/outlet pengusaha songket itu sendiri yang banyaknya terdapat kat di kampung2 sekitar Kuala Terengganu. Tapi kalau anda mencari songket range harga RM 1000 dan ke bawah, InShaaAllah ianya mudah didapati di tempat2 pelancongan terkenal di Kuala Terengganu.


NAK BUAT SPECIAL ORDER SONGKET SAMPIN ATAU KAIN PASANG SONGKET 4.5 METER KHAS DARI TERENGGANU?

BERIKAN SAYA NAMA ANDA, DESIGN DAN WARNA SONGKET YANG DIINGINKAN SERTA BUDGET ANDA MELALUI WHATSAPP 016-9542162

MINIMUM TEMPOH WAKTU SIAP ADALAH SEBULAN, TERTAKLUK KEPADA DESIGN YANG ANDA INGINKAN