Thursday 18 December 2014

Songket Terengganu, Songket India.... Tak Kenal Maka Tak Tahu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Gorgeous !!!

Seriously, dah terlalu lama saya xupdate blog ni.. Dah berhabuk, bersawang bagai..Last entry tahun 2012. Akhir tahun 2014 ni baru terhegeh2 nak menaip semula. Puas diingat2 password email utk blog ni. Alhamdulillah berjaya setelah diperah2 otak utk meneka...fuhhhhhhhh. InShaaAllah, lepas ni kita cuba untuk kembali konsisten dengan entri2 yg bernas, share maklumat dan informasi serta kalau ada gambar yang cantik2, nanti kita tunjuk kat uollssss ya =)

Anyone yang nak tengok koleksi songket terkini, utk wanita shja ya sebab kita jual kain pasang songket, boleh try jenguk instagram kita : http://instagram.com/warisankhalifah_official/

atau facebook page kita ni ye :https://www.facebook.com/songketbywarisankhalifah

Ok, kita terus ke tajuk yang super panas, isu yang tak pernah reda ni iaitu mengenai songket Terengganu dan songket India. Sebenarnya...songket ni datang daripada banyak tempat, banyak negeri/negara. Ada yang dari Terengganu, Kelantan, Indonesia seperti dari Palembang, Bali, Padang, ada yang dari India dan juga Pakistan. Secara jujurnya, songket Terengganu adalah fabrik tenunan yang terbaik di dunia DAN songket itu sendiri secara originalnya berasal dari Terengganu, Malaysia. Songket Terengganu ni adalah hasil kraf, kerja tangan turun-temurun, waris-berwarisan.

So, kalau anda ke Terengganu terutamanya direct ke rumah orang kat sana dan terutamanya yang tinggal di Kuala Terengganu, jangan terperanjat bila nanti anda jumpa mesin tenun songket yang boleh dikatakan ada kat setiap rumah diorang !!!! Mereka menjadikan hasil tenunan songket ni sebagai mata pencarian mereka. So, memang sangat hebatlah kerana mereka mampu membuat tenunan songket dengan design yang super cantekkkk, hasil seni yang sangat halus....


Ini antara koleksi songket yang saya dapat tengok di outlet pengusaha songket terkenal di Kuala Terengganu. Design semuanya custom made dan sangat cantik, kualiti fabrik yang superb serta harganya juga sangat awesome !!! Tapi jangan terkejut sekiranya anda dapati songket India pun ada keluar ala-ala macam ni juga

Cerita pasal songket India pulak... Songket India ni sebenarnya adalah songket sama sebijik, design yang lebih kurang sama dengan songket Terengganu yang turut sama ditenun tangan. Akan tetapi, tenun tangan tu dibuat di India. Sebab tu namanya songket India. Alkisahnya, yang diceritakan oleh pengusaha tegar songket Terengganu ni yang sempat saya sembang2, borak2.. Ceritanya, ada someone yang saya tak pasti orang Malaysia atau orang India telah membawa songket Terengganu ni ke India. Lalu bermulalah episod mengkaji fabrik dan gaya tenunan songket orang Terengganu dan diadaptasi, dibuat semula, ditenun kembali di India.. haaa, hebat tak ceritera tiru-meniru ni? Laksana gelang Pandora yang asal dari Europe (kalau tak silap) yang turut dikeluarkan di China serta handbag Chanel yang asal dari Italy turut dikeluarkan di China dengan menggunakan teknik 1:1 !!!!

So, apa yang menjadi masalah utamanya kat sini ???

Songket daripada mana pun ianya datang adalah tidak menjadi masalah dan salah. Sebab setiap satu songket itu ada followers atau penggemarnya yang tersendiri. yang menjadi masalah paling utama kat sini ialah, apabila wujudnya segelintir peniaga yang menjual songket India dengan harga songket Terengganu !!! Atau declare songket India sebagai songket Terengganu.... Ini yang salah, totally salah !!! Secara jujurnya, kita sebagai orang biasa even pengusaha songket Terengganu sendiri tidak mampu membezakan mana songket India, mana songket Terengganu. Ini disebabkan oleh gaya tenunan dan benang yang digunakan sememangnya sangat sama dan serupa dan peratus persamaannya adalah lebih 90% !!! Yang membezakan songket India dan Terengganu adalah dari segi bau dan kualiti material.

Songket India kalau anda nak tahu, dia ada bau berbanding dengan songket Terengganu yang tiada bau. Bau yang macam mana? Saya pun xdpt nak jelaskan atau gambarkan. kalau anda tengah cari songket Terengganu secara serius, bolehlah ke kompleks kraftangan di jalan Conlay dan tanyakan staff disana perbezaan dua songket ni. Kalau anda dapat berkunjung ke sana ketika ada promosi atau pameran, lagi bagus sebab anda boleh jumpa direct dengan pengusaha songket Terengganu itu sendiri. InShaaallah mereka akan membantu anda untuk memilih songket yang terbaik tanpa tersalah pilih especially terpilih atau terbeli songket India dengan harga songket Terengganu.

Macam tu juga dari segi material yang digunakan untuk membuat songket. Songket Terengganu ni, harganya mengikut kualiti material dan design. Lagi bagus kualiti material, lagi complicated design sesuatu songket, harganya lagi mahal. Dari ratusan ringgit mencecah ke puluhan ribu ringgit. WoWWWW !!!!

Kebanyakan material songket yang digunakan adalah daripada 100% cotton, 50% cotton + 50% sutera, 100% sutera. Yang 100% sutera tu yang paling mahal iaitu puluhan ribu ringgit. Kalau yang 100% cotton, kita kena tengok dari mana datangnya fabrik cotton tersebut. Ada yang dari Pakistan, dari India, Vietnam dan cotton yang paling mahal tu datangnya dari Jepun. So, tak hairanlah bila kita mencari Songket Terengganu, kita akan dapati harganya berbeza-beza. Dari minimum Rm 450 sehingga maksimum mungkin sehingga ke Rm 7500 untuk material 100% cotton. Kalau designnya super complicated, sehelai songket boleh dijual sehingga Rm 15 000 untuk yang menggunakan material 100% cotton.

Kesimpulannya kat sini, anda perlu bijak untuk memilih dan membeli songket terutamanya yang mempunyai budget yang besar atau tinggi. Walaupun anda pergi ke tempat yang sangat terkenal di Kuala Terengganu untuk membeli songket (tak nak sebut kat sini), anda tetap perlu meletakkan 100% sikap berhati-hati untuk membeli. Sekiranya budget anda besar untuk membeli sehelai sampin atau sepasang songket, misalnya Rm 3000 dan ke atas, saya cadangkan untuk anda mencari atau pergi ke kiosk/outlet pengusaha songket itu sendiri yang banyaknya terdapat kat di kampung2 sekitar Kuala Terengganu. Tapi kalau anda mencari songket range harga RM 1000 dan ke bawah, InShaaAllah ianya mudah didapati di tempat2 pelancongan terkenal di Kuala Terengganu.


NAK BUAT SPECIAL ORDER SONGKET SAMPIN ATAU KAIN PASANG SONGKET 4.5 METER KHAS DARI TERENGGANU?

BERIKAN SAYA NAMA ANDA, DESIGN DAN WARNA SONGKET YANG DIINGINKAN SERTA BUDGET ANDA MELALUI WHATSAPP 016-9542162

MINIMUM TEMPOH WAKTU SIAP ADALAH SEBULAN, TERTAKLUK KEPADA DESIGN YANG ANDA INGINKAN


Friday 28 September 2012

Transformasi dan Variasi Songket Zaman Berzaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah sekarang fabrik songket semakin mendapat tempat di hati orang melayu kita. Admin Warisan Collection Zone (WCZ) sekarang semakin busy dalam menjawab soalan-soalan serta tempahan daripada customer tetap mahupun yang baru kenal dengan warisan collection zone..

Ok..hari ni, WCZ nak berkongsi dengan pengunjung blog semua mengenai transformasi design songket yang mana semakin lama semakin hebat, semakin indah serta semakin elegan bersesuaian dengan peredaran zaman dan waktu..

Cuma sebelum tu, apa bezanya fabrik songket berbanding dengan fabrik-fabrik yang lain? The true thing about songket is : songket telah wujud sejak zaman tok, moyang kita dulu, sebelum kita lahir ke dunia lagi dan berterusan sehinggalah sekarang serta mungkin selama-lamanya. Kalau dulu, songket ni hanyalah untuk persalinan raja-raja, kaum kerabat..tapi sekarang tak lagi. Semua bebas untuk memakai songket, menggayakan songket tak kisah di mana jua tempat dan waktu seperti majlis pertunangan dan perkahwinan, majlis anugerah, annual dinner, mahupun untuk pergi ke pejabat...

SONGKET KLASIK DAN TRADISI

Songket Klasik dan Tradisi merupakan songket asal yang belum diolah lagi. Songket ini terbahagi kepada dua iaitu songket plain (baju dan kain adalah sama warna dan design) serta songket kain pelikat (baju daripada kain dan warna plain, kain pula dalam design kotak-kotak seperti kain pelikat)

Songket Plain





Songket Kain Pelikat




SONGKET KLASIK KONTEMPORARI

Songket Klasik Kontemporari pula mengketengahkan design stripe atau belang-belang dan berselang-seli dengan barisan bunga tabur yang mana memberi nilai yang lebih unik, moden serta lain daripada yang lain. Design seperti ini merupakan design limited edition dan sangat sukar didapati di pasaran. Selama 3 tahun WCZ beroperasi, sudah 3 edisi songket kontemporari diperkenalkan dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Edisi Pertama





Edisi Kedua






Edisi Ketiga




SONGKET KLASIK ELEGAN

Sesuai dengan namanya, Songket Klasik Elegan lebih ringkas daripada segi designnya, akan tetapi sudah cukup untuk membuatkan ianya nampak mewah dan elegan atau Less is More..Simple tapi mewah.. Design ini juga merupakan design limited edition dan beruntung kepada mereka yang berjaya mendapatkan design ini kerana tiada restock di buat untuk design ini..ini bermakna sesiapa yang menggayakan design ini nisbahnya ialah one in the million !





SONGKET KLASIK MEWAH

Songket Klasik Mewah merupakan satu-satunya songket yang ditenun 100% dengan menggunakan benang yang lebih berkualiti. Kain ini biasanya lebih berat berbanding dengan kain-kain songket yang lain disebabkan tenunan benang-benang yang agak 'heavy'. Sebab itulah songket ini lebih mahal berbanding dengan yang lain..Songket design jenis ini juga merupakan design yang limited edition dan sukar didapati di pasaran oleh sebab kuantitinya yang terhad dan harganya yang agak tinggi..Setakat ini, masih belum ada restock dibuat untuk design ini.


Edisi Pertama






Edisi Kedua 



Ok..setakat ini saja perkongsian saya..Warisan Collection Zone akan terus berusaha menjenamakan semula fabrik songket di Malaysia dan InsyaAllah di seluruh dunia..terima kasih kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.....=)



Sunday 23 September 2012

September Collection : Songket Mewah versi Limited Edition

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih kepada anda semua yang sudi mengunjungi blog kami tak kiralah sekadar untuk melihat-lihat mahupun yang telah membeli songket daripada kami...Kami sangat-sangat menghargai sokongan dari anda semua dan kerana itulah kami masih kekal bertapak dalam versi perniagaan online sehingga sekarang.. Dan untuk pengetahuan semua, bulan ini genaplah 3 tahun Warisan Collection Zone beroperasi..

Thank You Semua !!!!


Ok...kali ni WCZ nak berkongsi dengan semua songket terbaru kami yang baru sangat-sangat keluar dari kilang..fresh lagi.. Dan pastinya, design yang kami keluarkan adalah limited edition dan lebih bervariasi serta lain daripada yang lain..

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Songket daripada WCZ Pada Kali Ini?

1) Pada mereka yang menggemari persalinan songket, ini adalah saat-saatnya untuk anda mencuba persalinan yang tampak mewah serta elegan yang mampu membuatkan orang lain terpesona dengan penampilan anda
2) Anda dapat memiliki songket kami pada harga yang berpatutan dengan kualiti tinggi dan memuaskan hati..Harga kami adalah yang terendah berbanding dengan butik-butik ternama
3) Kualiti kain yang tinggi, dengan tenunan songket yang sempurna serta tidak akan menyebabkan anda berasa gatal mahupun panas (tengok gambar di bawah). Akan tetapi, kami masih menasihatkan anda untuk membuat lining nipis untuk melindungi benang-benang songket ini daripada tertarik.
4) Design ini merupakan design limited edition yang mana hanya 4 pasang dikeluarkan bagi satu-satu warna. Dan tiada restock akan dibuat untuk menjaga kualiti design yang dikeluarkan. Ini bermakna, hanya 4 orang sahaja yang akan memiliki persalinan songket ini !!!


So, apa lagi..jom kita cuci mata melihat design terbaru daripada kami dengan harga yang paling special!!!

DAN LAGI....

10% DISKAUN AKAN DIBERIKAN KEPADA PELANGGAN YANG PERNAH MEMBELI DENGAN KAMI SERTA KEPADA 3 PELANGGAN YANG TERAWAL SAHAJA!!!!




KOD : BIRU MEWAH 111
WARNA : BIRU GELAP (BIRU POLIS)
BUNGA TABUR : GOLD + SILVER
HARGA : RM 250

RM 200.00

Bahagian atas kiri : kain
Bahagian bawah kanan : baju 

Close up baju :


 Close Up Kain :




KOD : PEACH MEWAH 112
WARNA : PEACH
WARNA BUNGA TABUR : GOLD + SILVER
HARGA : RM 250

RM 200

 Bahagian kanan : kain
Bahagian kiri : baju

Close Up : Kain


 Close Up : Baju




KOD : PINK MEWAH 113
WARNA : PINK-PURPLE
WARNA BUNGA TABUR : GOLD-SILVER
HARGA : RM 250

RM 200

Bahagian Kanan : Kain
Bahagian Kiri : Baju
(actual color kain: gambar atas, actual color bunga tabur : gambar bawah)


Close Up : Baju


 Close Up : Kain



KOD : TURQUOISE MEWAH 114
WARNA : BIRU TURQUOISE
WARNA BUNGA TABUR : GOLD-SILVER
HARGA : RM 250

RM 200
 
Bahagian atas kiri : kain
Bahagian bawah kanan : baju


Close Up : Kain


Close Up : Baju



KOD : HITAM MEWAH 115
WARNA : HITAM
WARNA BUNGA TABUR : GOLD + SILVER
HARGA : RM 250


RM 200 


Bahagian kanan : Baju
Bahagian kiri : Kain


Close Up : Kain


 Close Up : Baju



KOD : PUTIH PEARL 116
WARNA : PUTIH PEARL
WARNA BUNGA TABUR : MULTIPLE COLOR (PELANGI)
HARGA : RM 280

RM 220

Bahagian Kiri : Kain
Bahagian Kanan : Baju


Close Up : Baju


Close Up : Kain



dan...kami juga ada buat restock untuk 2 item ni....




 KOD : HIJAU PLAIN 104
WARNA : HIJAU EPAL
WARNA BUNGA TABUR : GOLD
HARGA : RM 170.00





KOD : HITAM PLAIN 103
WARNA : HITAM ARANG
WARNA BUNGA TABUR : SILVER
HARGA : RM 170.00