Friday 28 September 2012

Transformasi dan Variasi Songket Zaman Berzaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah sekarang fabrik songket semakin mendapat tempat di hati orang melayu kita. Admin Warisan Collection Zone (WCZ) sekarang semakin busy dalam menjawab soalan-soalan serta tempahan daripada customer tetap mahupun yang baru kenal dengan warisan collection zone..

Ok..hari ni, WCZ nak berkongsi dengan pengunjung blog semua mengenai transformasi design songket yang mana semakin lama semakin hebat, semakin indah serta semakin elegan bersesuaian dengan peredaran zaman dan waktu..

Cuma sebelum tu, apa bezanya fabrik songket berbanding dengan fabrik-fabrik yang lain? The true thing about songket is : songket telah wujud sejak zaman tok, moyang kita dulu, sebelum kita lahir ke dunia lagi dan berterusan sehinggalah sekarang serta mungkin selama-lamanya. Kalau dulu, songket ni hanyalah untuk persalinan raja-raja, kaum kerabat..tapi sekarang tak lagi. Semua bebas untuk memakai songket, menggayakan songket tak kisah di mana jua tempat dan waktu seperti majlis pertunangan dan perkahwinan, majlis anugerah, annual dinner, mahupun untuk pergi ke pejabat...

SONGKET KLASIK DAN TRADISI

Songket Klasik dan Tradisi merupakan songket asal yang belum diolah lagi. Songket ini terbahagi kepada dua iaitu songket plain (baju dan kain adalah sama warna dan design) serta songket kain pelikat (baju daripada kain dan warna plain, kain pula dalam design kotak-kotak seperti kain pelikat)

Songket Plain





Songket Kain Pelikat




SONGKET KLASIK KONTEMPORARI

Songket Klasik Kontemporari pula mengketengahkan design stripe atau belang-belang dan berselang-seli dengan barisan bunga tabur yang mana memberi nilai yang lebih unik, moden serta lain daripada yang lain. Design seperti ini merupakan design limited edition dan sangat sukar didapati di pasaran. Selama 3 tahun WCZ beroperasi, sudah 3 edisi songket kontemporari diperkenalkan dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Edisi Pertama





Edisi Kedua






Edisi Ketiga




SONGKET KLASIK ELEGAN

Sesuai dengan namanya, Songket Klasik Elegan lebih ringkas daripada segi designnya, akan tetapi sudah cukup untuk membuatkan ianya nampak mewah dan elegan atau Less is More..Simple tapi mewah.. Design ini juga merupakan design limited edition dan beruntung kepada mereka yang berjaya mendapatkan design ini kerana tiada restock di buat untuk design ini..ini bermakna sesiapa yang menggayakan design ini nisbahnya ialah one in the million !





SONGKET KLASIK MEWAH

Songket Klasik Mewah merupakan satu-satunya songket yang ditenun 100% dengan menggunakan benang yang lebih berkualiti. Kain ini biasanya lebih berat berbanding dengan kain-kain songket yang lain disebabkan tenunan benang-benang yang agak 'heavy'. Sebab itulah songket ini lebih mahal berbanding dengan yang lain..Songket design jenis ini juga merupakan design yang limited edition dan sukar didapati di pasaran oleh sebab kuantitinya yang terhad dan harganya yang agak tinggi..Setakat ini, masih belum ada restock dibuat untuk design ini.


Edisi Pertama






Edisi Kedua 



Ok..setakat ini saja perkongsian saya..Warisan Collection Zone akan terus berusaha menjenamakan semula fabrik songket di Malaysia dan InsyaAllah di seluruh dunia..terima kasih kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.....=)



No comments:

Post a Comment