Saturday 24 March 2012

New Songket, New Style

Assalamualaikum to dear songket lovers...

Alhamdulillah, nampak gayanya semakin ramai yang berminat untuk menggayakan songket tak kira untuk bertunang, bernikah dan bersanding malah untuk bergaya ke ofis.. Songket semakin diterima oleh ramai orang bahkan kadang-kadang, sesetengah customer saya menjadikan songket sebagai pilihan utama untuk digayakan ketika hari bersejarah.

Apa bezanya songket dengan fabrik-fabrik yang lain? Beza yang paling utama yang kita boleh lihat sehingga sekarang ialah fabrik songket sebenarnya tak pernah ditelan zaman. Dari zaman dulu, semasa nenek moyang kita berkahwin sehinggalah ke generasi sekarang, songket tetap menjadi pilihan utama untuk digayakan. Apa yang berbeza cuma rekaan dan design yang mana pereka fesyen sekarang semakin bijak mengadun fabrik songket bersama-sama dengan lace dan sifon...walaupun rekaan sekarang lebih berbentuk moden kontemporari, tetapi mereka tetap berjaya menerapkan unsur klasik dalam satu2 rekaan busana songket..

Saya sendiri amat meminati fabrik songket sehinggakan saya pasti mengenakan songket setiap kali Hari Raya Aidilfitri menjelang.. Rasa teruja sangat apabila saya dapat menggayakan songket daripada berbagai-bagai warna dan juga design..daripada baju kurung, kebaya, kurung moden, kurung riau, semuanya saya dah pernah pakai dengan tempahan daripada kain songket. Mungkin raya tahun ni saya ingin membuat sedikit kelainan dengan kain songket yang akan ditempah yang mana saya akan share dengan semua di blog dan fb saya ini..

Ok...kalau sapa2 yg ada idea tentang macam mana kita nak majukan lagi industri songket ni,boleh lah bagi idea or pandangan kat blog saya ni, xpun kat fb, https://www.facebook.com/pages/Songket-Warisan
xpun, mungkin ada banyak lagi songket dengan design2 dan warna2 yang menarik hati, jangan segan2 bagitau saya ye...nanti saya cepat2 pergi terjah kedai tu...

So, nanti saya berceloteh lagi...jangan lupa tengok koleksi terbaru songket season March 2012 daripada Warisan Collection...

Bye-bye...=)