Saturday 21 January 2012

10 Langkah Penting dalam Memilih Busana Pengantin

Assalamualaikum semua..

Sebut nak kahwin memang mudah...tapi bila sebut kerja kahwin, ramai yang geleng kepala, mengeluh, stress..lagi2 bila persiapan dibuat di saat2 akhir menjelang hari bahagia...Emm, ni pengalaman saya yang menengok kawan2 sekerja, serumah yang bakal berkahwin...Memang penting perancangan rapi dibuat dan lagi penting kalau ianya dicatatkan satu-persatu dalam diari @ mana2 kertas sekalipun supaya kita nampak apa perkara yang kita perlu lakukan terlebih dahulu dan berapa perbelanjaan yang diperlukan.


So, hari ni saya rasa macam nak share je langkah2 penting untuk memilih busana pengantin. Pada pendapat peribadi saya lah kan...untuk persiapan diri kita sendiri @ pasangan mempelai, pemilihan busana adalah penting kerana hanya raja sehari yang akan menjadi tumpuan tetamu..Jom kita tengok apakah tip-tipnya

1) Tentukan budget@peruntukan
Berapa pasang persalinan yang kita perlukan? majlis akad nikah, majlis sanding, majlis sambut menantu (mesti masuk dalam peruntukan) dan lain2 majlis lagi ikut keinginan dan kemampuan kita. daripada apa yang saya survey, busana pengantin biasanya berharga ratusan ringgit dan ada yang mencecah ribuan ringgit. Adakah anda ingin membeli busana yang ready-made yang cuma perlu pilih design dan pakai ataupun anda inginkan kelainan dengan membeli fabrik yang pelbagai jenis dan mengupah designer@ tailor untuk design dan menyiapkan busana mengikut kemahuan anda? Anda perlu membuat keputusan yang tepat dan bijak sebelum wang anda dilaburkan untuk membeli busana@fabrik tersebut.

2) Dapatkan khidmat nasihat daripada pereka@tailor
Satu bonus kepada mereka yang pandai mereka busana pengantin sendiri dan hanya menghantarnya kepada tailor untuk menyiapkan busana tersebut. Tetapi, kepada bakal pengantin yang kurang arif bab2 men'design' ni, anda boleh lah bertanya kepada rakan2 yang sudah berkahwin @ survey butik2 atau pereka fesyen yang menawarkan harga yang berpatutan @ lebih rendah daripada budget yang telah kita buat tadi. Dan tips di sini ialah, sekiranya anda telah berjumpa dengan pereka fesyen@tailor pilihan anda, pastikan perbincangan tentang rekaan busana serta fabrik yang ingin digunakan untuk majlis kahwin nanti. Minta pandangan serta pendapat mereka tentang rekaan tersebut dan lastly, barulah anda boleh survey fabrik yang akan anda beli nanti.

3) Tahu bentuk badan serta warna kulit
Sangat penting kepada anda yang bakal berkahwin supaya tidak terlalu terpengaruh dengan busana yang disarungkan oleh model. Oleh sebab itulah anda perlu meminta pendapat pereka fesyen, sahabat-handai ataupun keluarga. Tetapi terlalu banyak pendapat juga akan membuatkan anda pening kepala...emm, apa yang penting, anda tahu apa yang sesuai untuk anda dan tanyalah pandangan yang telus daripada insan yang paling rapat dengan anda.

4) Buat jadual yang sistematik
Untuk mengelakkan daripada persiapan last minute dan bimbang ada yang terlepas pandang, apa kata anda buat satu jadual yang teratur...bilakah masa yang sesuai untuk pergi shopping, untuk menempah baju, untuk fitting dan untuk top up apa2 lagi yang tak cukup seperti mencari aksesori tambahan. Lagi cantik jadual anda sekiranya anda dapat masukkan tarikh shopping anda pada hari2 yang diadakan SALE atau BIG PROMOTION pada setiap tahun..Kan dah cantik budget anda..Pastinya time ni anda dapat mengurangkan kos atau anda dapat membeli banyak benda dengan kos budget yang sama.

5) JANGAN sesekali membeli-belah pada hujung minggu @ ketika orang tengah penuh sesak
Emm....siapa agaknya yang suka bersesak2 untuk shopping? Kalau jawapan saya...Tak suka5..hehe. macam susah kan nak pilih barang time orang ramai sangat..Sebab, alang2 kita shopping, biarlah kita pilih yang terbaik dan berkualiti..Bila dah ramai sangat manusia kat situ, nak tengok,pegang satu2 barang pun payah..Betul tak? Dan, bila terlalu ramai orang kat satu2 tempat, kita akan cenderung untuk pergi ke tempat yang tak ramai orang@ mata kita akan mula terarah pada bahagian lain. Akhirnya, lain yang dirancang nak beli, lain pulak barang yang kita ambik..Lastly, budget lari, barang yang kita nak tak dapat..Elok2 kita planning nak beli fabrik sifon, dah terbeli pulak fabrik lace...hehe. Jadi, apa salahnya kalau kita ambil cuti sehari untuk pergi membeli-belah kan...

6) Bawa teman bersama
Jangan lupa untuk membawa teman bersama anda untuk membeli-belah. Tak kiralah kawan2, ahli keluarga mahupun insan tersayang. time shopping nilah kita perlukan pandangan yang bernas dari diorang. Pendapat dan kritikan sangat penting time ni sebabnya mungkin pada mata kita nampak cantik dan sesuai, tapi pada mata orang lain adalah tidak. Jadinya kita mesti pilih yang terbaik untuk majlis gemilang kita.

7) Ambil masa untuk memilih busana pengantin@fabrik yang ingin dibeli
Inilah pentingnya apabila kita pergi shopping time umat manusia tengah bekerja..means, tak ramai orang..Sebabnya, kita boleh memilih dalam keadaan relax, boleh tengok kualiti fabrik, boleh buat perbandingan mana yang terbaik dan tercantik dan juga boleh tengok kualiti jahitan secara terperinci. Andai kata kita belum jumpa dengan busana atau fabrik yang berkenan di hati, its ok...masa masih panjang dan kita still boleh buat survey kat tempat lain. Pentingnya survey di 3,4 buah kedai@ butik ialah, kita boleh buat perbandingan harga (mana yang lebih rendah tapi kualiti yang sama) dan pastinya kita boleh dapat busana yang paling cantik atau seperti apa yang kita impikan. So, set betul2 goal kita semasa membeli dan jangan terburu2.

8) Senaraikan soalan2 yang bakal diajukan kepada pereka fesyen@tailor@pemilik butik
Dah berkenan dengan fabrik@ busana yang dipilih? Jadi, jangan lupa soalan2 yang mesti anda tanyakan kepada diorang. Antaranya :
"Emm, agak2nya berapa lama ye gaun saya ni boleh siap?"
DAN
"Nak saya bayar deposit dulu ke ataupun saya boleh bayar selepas gaun saya ni siap? Kalau nak deposit dulu, berapa ye saya nak letak? Boleh pakai kredit kad?"
DAN
"Bayaran ni nanti termasuk dengan pengubahsuaian@alteration gaun saya ke atau bayaran ni hanya untuk menyiapkan gaun saya je?"
DAN
"Bila masa yang sesuai untuk saya fitting ye agak2nya?"
DAN
untuk yang membeli fabrik + tempah gaun direct dari butik
"Boleh saya tau, nanti awak nak guna jenis fabrik apa ye? Lace, siffon, songket?"

9) Please measure your body from top to toe
Please,please,please....don't you ever and ever bagi cik tailor baju contoh dan ukur ok....Ini adalah kesalahan yang besar..Anda cuba bayangkan yang anda telah memberikan baju kurung moden yang anda telah pakai dari 2 tahun lepas untuk diukur...Tapi busana yang anda nak pakai nanti ialah dress labuh yang maybe menggunakan 2,3 jenis fabrik...Sama ada busana pengantin anda akan menjadi longgar atau tak boleh dipakai atau memerlukan beberapa kali alteration...kan dah jadi payah dan merosakkan baju kahwin anda..Apa kata jika anda cuma menyerahkan diri anda untuk diukiur dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki. At least cik tailor takdelah pening2 lalat untuk adjust ukuran busana untuk anda

10) Jom cari aksesori
Saya paling suka part ni..sebabnya, kita boleh memilih aksesori untuk dipakai time majlis kita nanti..Jadi, sila lah kita semua mencari aksesori seperti kasut, crown, mungkin juga veil, rantai, tudung dan sebagainya ASALKAN ianya bersesuaian dengan busana kahwin kita dari segi warna dan tidak terlalu sarat..Kepada mereka yang menempah busana di butik, apa kata anda tanyakan sekali tentang beberapa aksesori ini. Mana tahu, mereka ada sediakan atau boleh hadiahkan kepada kita ataupun juga menyewakan kepada kita dengan harga yang lebih murah atau FOC (Free Of Charge)...hehehe

Habislah sudah tips2 yang saya kongsikan kat sini...Selamat pengantin baru kepada bakal pengantin..jangan stress2, mesti selalu senyum dan apa yang penting ialah list down apapun benda yang kita nak buat dan beli serta berbincanglah dengan pasangan anda@ orang yang lebih berpengalaman...Good luck everyone...sayonara