Thursday 31 March 2011

Tips Memilih Warna Fabrik Warisan

Adakah anda ragu-ragu atau takut untuk berfesyen? Risau sekiranya busana yang dipakai oleh anda tidak kena dengan fesyen semasa atau tidak sesuai untuk anda? Jangan risau.... Soal fesyen adalah terlalu abstrak untuk dinilai. Terpulang kepada kita untuk mengenakan atau memilih fesyen yang bagaimana tetapi haruslah menitik beratkan garis panduan Islam yang telah ditetapkan kepada kita, kaum hawa.

Untuk pengetahuan anda semua, fabrik songket, sutera serta batik yang sudah diberi nafas baru, sejajar dengan peredaran zaman amat sesuai dipakai ketika majlis rasmi atau formal, pada acara kasual atau santai, acara bukan formal, serta untuk digayakan ketika majlis persandingan atau pertunangan kita. Ini bermakna, fabrik songket, sutera serta batik yang merupakan fabrik warisan adalah sangat fleksibel untuk digayakan di mana-mana majlis  bergantung pada rekaan yang diinginkan dan warna fabrik tersebut.

Fabrik yang menggunakan warna lembut seperti merah jambu, ungu lembut, peach, putih dan krim dapat menimbulkan unsur romantik, seksi serta menyerlahkan kelembutan dan gaya feminin seorang wanita. Sudah menjadi 'trend' kebanyakan pasangan pengantin yang memilih tema pernikahan dari rona lembut kerana warna-warna lembut sebegini memberi simbolik kepada kesucian cinta yang bakal disatukan pada hari yang bersejarah. Tambahan lagi, rona lembut juga sangat sesuai dipadankan dengan apa-apa warna yang lain oleh sebab sifatnya yang fleksibel.

Bagaimana pula dengan warna terang seperti merah, hijau pucuk pisang, biru turquoise, dan kuning? Untuk pilihan warna seperti ini, ianya sangat sesuai digayakan ketika hari persandingan, menghadiri majlis makan malam dan meraikan hari perayaan. Penggunaan warna yang terang mempamerkan suasana yang ceria dan girang sesuai dengan tema meraikan hari yang dinanti-nantikan. Penggunaan warna yang terang juga mencetuskan ilham segar kepada si pemakai yang inginkan penampilan mereka mendapat perhatian.

Bagi yang bertubuh besar atau gempal, anda tidak perlu risau. Pemilihan warna gelap seperti hitam, coklat, biru-hitam, ungu gelap adalah pilihan yang tepat dan sesuai untuk tampak lebih cantik. Untuk muslimah yang bertudung, apa kata anda mencuba variasi warna yang agak kontra dengan warna songket sama ada mengikut warna corak atau sulaman yang ada pada fabrik tersebut.

Sekiranya anda keliru untuk memilih warna yang sesuai dengan anda, apa kata jika anda memilih warna-warna kesukaan anda dan bawanya ke hadapan cermin. Cuba kenakan fabrik tersebut ke badan anda satu persatu, pastinya anda akan berjumpa warna yang cocok dengan diri anda. Orang kata alah membeli menang memakai, alang-alang memilih fabrik, biarlah pilih yang betul-betul memuaskan hati. Selamat berfesyen!

Tips Memilih Fabrik yang Sesuai dengan Tubuh Badan


Emm, fabrik yang macam mana agaknya sesuai dengan bentuk tubuh badan kita selain daripada menjamin keselesaan kita apabila mengenakan busana tersebut? Mengikut fakta, pemilihan fabrik adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan kerana ianya amat penting dalam memilih sesuatu fesyen atau rekaan untuk digayakan. Sekiranya kita bijak memilih, tak mustahil seseorang yang berbadan besar akan kelihatan lebih langsing. Jom kita perhatikan jenis-jenis fabrik yang biasanya menjadi pilihan kepada penggemar fabrik. Antara fabrik yang popular dan biasa digunakan ialah lycra, sifon, sutera, crepe, satin dan fabrik dari jenis jersi.

Pada kebiasaannya, fabrik sifon menjadi antara fabrik yang digunakan secara meluas dalam bidang fesyen. Terdapat 2 jenis sifon (setakat yang saya tahu) iaitu sifon India dan sifon China. Biasanya, sifon India menjadi pilihan kerana ianya memudahkan jahitan manik pada atas busana sebab, sifon India ni sifatnya lebih keras sikit daripada sifon China. Walaupun sifat sifon India macam tu, ianya masih lagi berciri lembut dan beralun dan tetap nampak cantik apabila digayakan. Dan yang sebenarnya, fabrik seperti sifon dan crepe memang diakui memberi kelebihan kepada si pemakai tak kira apa juga saiz badan serta ketinggian kerana kelembutan bahannnya yang mampu membantu menyerlahkan lagi gaya. Justeru itu, jika dihasilkan apa saja rekaan busana asalkan menggunakan sifon atau crepe pastinya akan kelihatan unik dan cantik dipandang.



Fabrik satin sutera juga adalah antara fabrik yang bermutu tinggi dan ianya sesuai untuk koleksi yang menyerlahkan gaya mewah dan glamor. Jadi, tak hairanlah kalau harga busana daripada jenis fabrik ni boleh mencecah sehingga ke ribuan ringgit. Walaupun potongannya menutupi seluruh tubuh, kita takkan terasa panas sebab kainnya berciri lembut dan selesa dipakai. Bagaimana dengan fabrik jersi? Haa...ni berita baik untuk mereka yang mempunyai bentuk badan sedikit berisi. Fabrik jersi sangat sesuai kepada wanita yang mempunyai bentuk badan berisi kerana lenggokan kain dari fabrik tersebut dapat menyembunyikan bahagian tersembunyi yang tidak mahu didedahkan. Ciri-ciri fabrik jersi yang bergetah sangat sesuai digunakan oleh mereka yang bertubuh gempal kerana fabrik ini mampu memberi keselesaan kepada si pemakai. Selain daripada itu juga, fabrik dari jenis jersi tampak berat dan dapat mengimbangi bentuk tubuh apabila dipakai.

Semoga dengan sedikit perkongsian ni memberi makna kepada wanita-wanita yang gemar berfesyen tetapi keliru dengan pemilihan fabrik yang sesuai dengan keinginan, kesesuaian dan keselesaan kita. Bak kata pepatah, biarlah alah membeli tetapi menang memakai. Biarlah mahal sedikit fabrik yang kita pilih dan beli, asalkan boleh menjamin kualiti serta keselesaan dan kepuasan diri kita.

Tuesday 29 March 2011

PROMOSI PEMBUKAAN WARISAN COLLECTION

Salam semua....

Saya ada Special Promotion sempena dengan pembukaan blog WARISAN COLLECTION ni...



FIRST TIME NAK MEMBELI SONGKET?

JOM RASAI DISKAUN HEBAT SEBANYAK 10 % BAGI SEPASANG SONGKET YANG ANDA BELI!


UNTUK PEMBELIAN 2 PASANG SONGKET,  25% DISKAUN AKAN DIBERIKAN KEPADA ANDA

SERTA PEMBELIAN 3 PASANG SONGKET DAN KEATAS, SILA SMS SAYA UNTUK MENDAPATKAN HARGA RUNTUH!

ADA LAGI............

TIADA CAJ PENGHANTARAN YANG DIKENAKAN KEPADA ANDA DAN ANDA BEBAS MEMILIH MANA-MANA SONGKET KESUKAAN ANDA. DESIGN PLAIN @ MATCHING @ KLASIK

*UNTUK DESIGN YANG MEMPUNYAI TANDA LIMITED EDITION, 5% DISKAUN DIBERIKAN KEPADA ANDA*

SEMUANYA AKAN DIBERIKAN PADA HARGA DISKAUN!!!

CEPAT ORDER....SEBELUM PROMOSI TAMAT

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT!

*P/S : SILA SMS SAYA TERLEBIH DAHULU UNTUK MEMASTIKAN STATUS STOK MASIH ADA



Rona Coklat


  •     Memperkenalkan warisan songket tenun asli bunga tabur yang didatangkan khas daripada Terengganu serta Indonesia.
  •     Sangat sesuai untuk dipakai ketika majlis pertunangan serta persandingan untuk memberi pengalaman klasik serta mengekalkan adat-istiadat yang penuh dengan tradisi kemelayuan.
  •     Majlis makan malam? Conference? Majlis Perasmian? Malam Anugerah?...Serlahkan keayuan, keterampilan dalam berpenampilan dengan pemakaian songket dengan memilih warna kesukaan anda serta menyerlahkan lagi keanggunan wanita melayu.
  •     Sangat sesuai untuk membuat baju kurung, baju kurung pahang, baju kebaya serta baju kurung moden.
  •     Pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya sepasang songket untuk ditunjukkan warisan ini kepada generasi akan datang.
  •     Hadir dengan beberapa jenis design iaitu MATCHING, PLAIN, CLASSIC MEWAH, CLASSIC STRIPES, serta UNIQUE STRIPES.

    KOD : COKLAT PLAIN 101
    WARNA : COKLAT
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG SILVER 
    HARGA : RM 150.00


    SOLD OUT
    LIMITED EDITION 
    KOD : UNIQUE 104
    WARNA  BAJU : HIJAU LEMBUT + COKLAT SILVER
    WATNA KAIN : COKLAT SILVER
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG SILVER
    HARGA : RM 220.00


     

     SOLD OUT
    LIMITED EDITION 
    KOD : UNIQUE 106
    WARNA  BAJU DAN KAIN : COKLAT
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG SILVER
    HARGA : RM 220.00


     KOD : COKLAT PALIN 102
    WARNA : COKLAT EMAS
    PERINCIAN BUNGA TABUR : SILVER
    HARGA : RM 150.00 






    Wednesday 23 March 2011

    Classic Combination


    NEW DESIGN!!!
    DIDATANGKAN KHAS DARI INDONESIA

    • Sangat sesuai untuk dipakai ketika majlis pertunangan serta persandingan untuk memberi pengalaman klasik serta mengekalkan adat-istiadat yang penuh dengan tradisi kemelayuan. 
    • Majlis makan malam? Conference? Majlis Perasmian? Malam Anugerah?...Serlahkan keayuan, keterampilan dalam berpenampilan dengan pemakaian songket dengan memilih warna kesukaan anda serta menyerlahkan lagi keanggunan wanita melayu. 
    • Sangat sesuai untuk membuat baju kurung, baju kurung pahang, baju kebaya serta baju kurung moden.
    • Pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya sepasang songket untuk ditunjukkan warisan ini kepada generasi akan datang.
    • Unique Stripe yang menggabungkan susunan bunga tabur pada warna plain yang berselang seli dengan stripe dalam 2 rona warna yang berbeza menjadikan songket ini tampak indah dan menarik perhatian mata yang memandang.
    • Bagi pembelian 2 pasang dan ke atas untuk design ini, anda layak mendapat diskaun sehingga RM 200 bagi setiap pasang yang dibeli.
    • KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA !


     SOLD OUT
    LIMITED EDITION
    KOD : UNIQUE 101
    WARNA : STRIPE MERAH JAMBU + PINK
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG EMAS
    HARGA : RM 220.00


     SOLD OUT
    LIMITED EDITION 
    KOD : UNIQUE 102
    WARNA  BAJU : HIJAU LEMBUT
    WATNA KAIN : HIJAU LAUT
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG EMAS
    HARGA : RM 220.00



    LIMITED EDITION 
    ONE MORE AVAILABLE
    KOD : UNIQUE 103
    WARNA  BAJU DAN KAIN : UNGU
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG PERAK
    HARGA : RM 220.00


    SOLD OUT
    LIMITED EDITION 
    KOD : UNIQUE 104
    WARNA  BAJU : HIJAU LEMBUT + COKLAT SILVER
    WATNA KAIN : COKLAT SILVER
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG SILVER
    HARGA : RM 220.00


    SOLD OUT
    LIMITED EDITION 
    KOD : UNIQUE 105
    WARNA  BAJU DAN KAIN : UNGU KULIT MANGGIS
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG EMAS
    HARGA : RM 220.00



     SOLD OUT
    LIMITED EDITION 
    KOD : UNIQUE 106
    WARNA  BAJU DAN KAIN : COKLAT
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG SILVER
    HARGA : RM 220.00




    LIMITED EDITION 
    ONLY 1 PIECE AVAILABLE
    KOD : UNIQUE 107
    WARNA  BAJU DAN KAIN : KELABU
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG EMAS
    HARGA : RM 185.00




     SOLD OUT
    LIMITED EDITION 
    KOD : UNIQUE 108
    WARNA  BAJU DAN KAIN : HITAM
    PERINCIAN BUNGA TABUR : BENANG PERAK
    HARGA : RM 190.00





    KOD : UNIQUE 109
    WARNA : BIRU-HIJAU LUMUT
    PERINCIAN BUNGA TABUR : SILVER
    HARGA : RM 180.00



     KOD : UNIQUE 110
    WARNA : UNGU
    PERINCIAN BUNGA TABUR : EMAS
    HARGA : RM 200.00