Wednesday 9 February 2011

Tips Penjagaan Songket


Adakah anda merupakan peminat songket? Atau anda merupakan pemakai songket yang setia? Emmm, Mengikut fakta, harga fabrik songket ni agak mahal jika nak dibandingkan dengan kebanyakan fabrik lain. Lebih-lebih lagi bagi fabrik songket yang berkualiti tinggi dan halus buatannya. Maklumlah, kalau zaman dulu-dulu songket hanya dipakai oleh golongan bangsawan sahaja.
Di kesempatan ni, saya nak tunjukkan cara-cara untuk kita pelihara fabrik songket ketika hendak menyimpannya. Tujuannya, mestilah untuk memanjangkan hayat songket itu sendiri agar ia tahan lama dan sentiasa kelihatan baru.
 
1. Mula-mula, anda bentangkan dulu fabrik songket bersama dengan sehelai kain pelekat.
2. Kemudian, gulung fabrik songket tu bersama kain pelekat tadi secara memanjang sampai  ke penghujung.

*Elakkan daripada melipat kain songket tadi walaupun sekali. Ini bertujuan mengelakkan daripada benang tenunan songket tadi patah yang seterusnya boleh merosakkan motif sesuatu songket tu.*

3. Setelah itu, simpanlah gulungan songket tadi dengan cermat di dalam almari ataupun wardrobe anda.

*Elakkan fabrik songket tu daripada dihempap oleh mana-mana fabrik atau persalinan anda yang lain.*

*Elakkan juga daripada menggosok kain songket kerana ia akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas itu sendiri (kalau dah gulung elok-elok, tak perlulah nak gosok lagi, kan?).*

*Haa...Lagi satu, hindari daripada selalu mencuci kain songket. Kalau anda rasa nak sangat mencucinya, hantarlah ke kedai dobi untuk cucian kering (dry cleaning).*

#Tips Tambahan#

Untuk mengilatkan semula kain songket anda, gunakan kaedah gerus.

Kaedah gerus ni bermaksud anda melicin dan mengilatkan permukaan songket dengan menggunakan kulit siput gewang agar ia lebih berseri dalam jangkamasa yang lama. 

Untuk pengetahuan semua, Songket Terengganu (tenun tangan) biasanya lebih lembut dan halus berbanding dengan songket buatan mesin yang diimport daripada Indonesia, Thailand, India dan Pakistan.
 
Rujukan :

http://tudungviaonline.blogspot.com

No comments:

Post a Comment